Mesti. Habiskan. Kertas. Ini.

Hahahaha. Kertas. Macam kertas yang digunakan di tandas.

Hari ini saya akan tuliskan blog dalam Bahasa Malaysia. Maklumlah warganegara Malaysia, telahpun juga diajarkan Bahasa Malaysia secara formal selama dua belas tahun, takkanlah mengembalikan semua kepada cikgu. Cikgu Yew, Cikgu Krim (bukan nama sebenarnya), cikgu siapa lagi? Oh ya. Cikgu lelaki itu yang berambut bercurly-curly (bagaimana cakap dalam BM T_T) itu yang nama saya telah terlupa. Semuanya cikgu yang baik-baik belaka, masalah pada saya yang menderhaka (!!!), selalu tidur dalam kelas.

Alamak. Otak saya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila menulis dalam BM. Jika saya hendak tulis dengan cepat, saya akan menaip tatabahasa yang saya tidak tahu dalam Bahasa Inggeris dahulu, selepas itu menterjemahkannya kepada Bahasa Malaysia. Kadangkala dalam Bahasa Cina juga, Bahasa Jepun pun ada. Contoh: Mochiron = 当然 = of course =.... er..... tentunya. Aduhai, level tahap BM saya ini memang mempersiasuikan memalukan Sekolah Menengah (Persendirian) Chong Hwa Kuala Lumpur off Jalan Ipoh.

Terpesong lagi! Tujuan pos blog saya ini ialah untuk menggalakkan diri untuk menghabiskan karangan saya ini secepat mungkin untuk menggunakan masa saya untuk membuat kerja yang lebih merangsangkan seperti menyaksikan Milo Ventimiglia atas Youtube. Amboi betapa segaknya beliau itu. *menitis air liur*

Pandainya saya membazirkan tenaga otak pada perkara bodoh. (Bukan BM yang bodoh, tapi perbuatan memblog dalam BM pada masa genting ini yang cukup.... bodoh. Ei tak dapat cari kata yang lain menggantikan bodoh. Ada siapa yang boleh tolong?) Dahlah mulakan kerja nanti tak dapat balik rumah sebelum 12am.

*Kemaskini*
Bercurly-curly = berkerinting, hahaha
Selepas itu saya terdapat kamus (BI --> BM) di sini. Legalah saya dapat menjawabkan semua pertanyaan saya. TETAPI. Perkataan untuk menggantikan "bodoh" masih tidak dapat dicari.

stupid = bodoh.
silly = bodoh.
moron = orang bodoh.

Oh ya. Kertas itu masih belum siap. Wahai para pembaca yang dihormati, selamat jalan. (Ke blog yang lain yang bukan ditulis dengan BM yang berkecai.)